Alhamdulillah, pada Disember 2011 yang lepas homestay Enau di Taman daya telah menerima tempahan dari dua pasukan hoki berlainan. Sempena dengan kejohanan sukan PPD seluruh Malaysia yang diadakan di Johor pada tahun ini.Seramai 18 orang penghuni dari pasukan senior PPD Johor telah menginap dengan selesa di Enau Homestay. Tahniah juga pada pasukan mereka kerana telah menjadi juara kejohanan kali ini.
Pasukan dari Politeknik Ungku Omar juga telah menginap di homestay kami semasa kejohanan antara sekolah sekolah berlangsung. Adik adik dari politeknik premier tersebut juga telah menjadi juara pada kejohanan kali ini. Tahniah dari kami. kesemua 22 orang termasuk jurulatih & tenaga pengajar telah sudi menginap di homestay kami. Pihak kami telah menyediakan tilam serta toto tambahan untuk keselesaan mereka. Bas politeknik juga tiada masalah untuk "parking" di hadapan homestay.
Beginilah antara gambaran deretan kereta penghuni di homestay kami. InsyaAllah dengan sedikit tambahan caj, homstay kami boleh memuatkan sehingga 20 orang pada satu-satu masa. Parking kenderaan tidak menjadi masalah!
0 comments:
Post a Comment